Hujan yang turun sebentar tadi membasahi bumi sekaligus menyegarkan aku yang kepanasan.Udara sejuk memasuki tingkap kaca dan ditambah dengan kipas angin cukup menyelesakan aku.Ingin sahaja aku keluar menghirup udara segar dan sejuk lalu berlari di tengah hujan namun memikirkan hari persekolahan hampir tiba,aku buang niatku jauh-jauh.
Aku yang kini menelentang menghadap laptop bagi menyiapkan kerja kursus geografiku yang perlu dihantar pada penggal persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi.Serabut kepalaku memikirkan tentangnya ditambah pula aku perlu mengulangkaji pelajaran kerana aku hendak menyiapkan diriku sepenuhnya bagi menghadapi percubaan PMR pula.Keputusan ujianku yang lepas telah membuatkan aku serik untuk tidak lagi bermain-main ketika ujian.Sikapku yang 'over confident' telah menyebabkan diri aku benar-benar kecewa.Peperiksaan pertengahan tahun?aku hanya mampu redha kepada ketentuan Ilahi.
Jari jemariku terus gigih menekan keyboard laptop dengan harapan supaya aku dapat menyiapkan tugasan aku dengan segera.Dalam pada aku menaip,aku teringat dia di sana.Jauh nun di sana.Pelbagai perkara yang aku fikirkan.Walaupun mukanya tidak pernah aku tatap dengan dua mata kepala aku sendiri namun tidak tahu mengapa dia telah membuatkan aku begitu bahagia.Sukar untuk digambarkan,adakah apa yang aku rasakan sekarang ini pada dirinya merupakan sesuatu yang indah atau sesuatu yang menyeksakan.Aku mengeluh.Aku cuma tersenyum.Berharap bahawa dia juga merinduiku. :)
No comments:
Post a Comment